Kelas Asas ICT (MS Excel)

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 1 November 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas MS Excel bersama pelajar dari Giatmara Lubok Antu. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan selama 2 sesi iaitu sesi pertama jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan bersambung ke sesi kedua pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan memantapkan pengetahuan pelajar-pelajar Giat Mara dalam menggunakan menggunakan Microsoft Power Point. Dalam kelas ini, pelajar-pelajar di ajar memasukkan data, mengira menggunakan sum, memasukkan nombor menggunakan series, menukar urutan nombor menggunkan Sort and Filter, cara memasukkan dan memadamkan cell, menukar cell kepada pelbagai jenis style, membuat jadual menggunakan excel dan lain-lain. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak secara ringkas. Selain itu, terdapat juga majlis penutupan program bersama Giat Mara Lubok Antu yang diadakan secara ringkas.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada MS Excel
3. Penerangan terperinci MS Excel
4. Latihan
5. Penutupan Program
6. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali